Tuesday, 2 February 2016

YAKIN & USAHAKAN PAS KUASAI PULAU PINANG



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
PUCHONG: Ahli PAS mestilah meyakini bahawa PAS dapat menguasai Pulau Pinang dan berusaha untuk mendapatkan kerusi-kerusi Melayu yang masih banyak di negeri itu, demikian suntikan motivasi dari Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Terang beliau, andaian dengan berkalau-kalau boleh membuka kepada kerja syaitan, sebaliknya ahli PAS mesti bersedia berdepan dengan semua parti politik.
“Kita jangan letak “Kalau Umno”, “Kalau DAP”, kita kena letak “Kalau PAS!” Mesti kena “Kalau PAS!”. Kita mesti berusaha “Kalau PAS menguasai...”, kerana kerusi-kerusi Melayu masih ada, masih banyak di Pulau Pinang dan kita berdepan dengan parti-parti politik.
“Umno adalah parti nasionalisme yang berani mati. Dia kebangsaan Melayu, dia berani mati. PKR parti sekular, berani mati juga. DAP parti sekular, sosialis. Dan kita kena sedar yang Malaysia tidak boleh diperintah dengan satu kaum sahaja,” ujarnya pada Liqa’ Fikri PAS Pusat di Stadium Tertutup MPSJ, Seri Kembangan, di sini 30 Januari lalu.
Tegasnya, parti yang berasaskan cauvinisme mahupun perkauman tidak akan boleh memerintah Malaysia dan pasti gagal.
Malah katanya, PAS juga tidak boleh bersikap perkauman, tetapi berpegang bahawa Melayu Islam adalah asas kepada politik Malaysia.
Hal itu jelasnya, berbeza dengan perjuangan Umno yang sememangnya berasaskan perkauman.
“Kita letakkan Islam di hadapan, (untuk) tegakkan Islam. Melayu akan selamat, semua (kaum) selamat. Tegakkan Melayu, (tetapi) Islam letak di belakang, belum tentu Melayu selamat.
“Sebab itu kita kena yakin dan percaya, jangan ada dalam fikiran kita (bahawa) orang Cina sampai kiamat (akan) ikut DAP, tidak! DAP juga mengalami pasang surut, pernah tinggal beberapa kerusi. Jangan kita ingat DAP ni parti yang kekal sehingga Hari Kiamat.
“Kita pun tak kekal sehingga Hari Kiamat. Dengan sebab itu, kita kena letak kerja sungguh-sungguh, yang boleh kita buat untuk PAS boleh (berjaya). Insya-Allah boleh!” ujarnya membakar semangat dan disambut gemuruh laungan takbir.
Share:

0 comments:

Post a Comment


Pages

onlineshop

onlineshop
sms

Pakej Dealer

sms

Theme Support