Monday, 1 February 2016

Kisah Belajar Memandu,Test Jpj dan SILIBUS BARU

Apa kabar yang tengah baca ni? Dah ade lesen memandu ke belum? Dulu aku buat anggapan yang tak payah ada lesen pun boleh drive. Bagi aku lesen ni hanyalah perkara keduniaan semata-mata. Haha. Itulah aku punya alasan walaupun abah dah bawak aku pergi tempat belajo kereta siap nak daftar entah berapa tahun lepas. Harap korang tak gune alasan yang sangat mangkuk ayun ni ye.

Bila start intern ni timbul la kesedaran & keinsafan aku untuk ambik lesen.Mula2 memang kena dengar ceramah(KPP01) la.Aku daftar kat Sri Perak E-driving Centre,Meru,Ipoh. Akak kat ofis suggest situ & time balik dari ofis dengan Fang Keat dia pun ambik situ dulu.Bila aku tengok kat page fb  laluan nak test tu pun macam mudah jugak.
Hari sabtu daftar terus masuk kelas. Berbekalkan buku teks sekolah ni , 6 jam tu boleh tahan jugak ketepuan dia. Belakang buku ni ada number siri untuk setiap orang.

Buku sekarang ni boleh tahan tebal naaa.Mujur dalam ni warna warni penuh ilusi.



Cikgu yang bagi ceramah kat aku tu jenis lawak belaka.Keje aku gelak sokmo la. And unexpected sungguh cikgu tu jugak yang kena make sure aku habiskan 10 jam aku. Kahkah.Pastu daftar test komputer. Aku study buku yang ade berapa ratus soklan tu. Tu pun aku cilok akak ipar aku zaman bila punya entah.
Dadoni ,Cytah & Masy duk pulun aku suruh study.Aku konpius jugak samada aku ni calon SPM ke calon nak ambik lesen. Haha.Time test tu soklan sebijik keluar and jawab punya jawab lulus juga akhirnya. Tengok tempoh aku jawab 10 minit rupanya. Tapi yang penting lulus. Seminggu lepas tu lesen L siap kena daftar untuk Latihan Praktikal di Litar KPP02 pulak.
Haaa. Ade Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK) & Rutin Sebelum Memandu(RSM).
Yang ni macam pengucapan awam pun ade. 5 jam setengah dong. RPK kena terang pasal kereta ye cik adik cikebum cikebum. 22 MARKAH. Bukak bonet depan.
Check la air wiper, minyak brek, tali sawat,air radiator,bateri,hos and whatsoever. Acting kena lebihhhh. Dalam kereta pulak kena buat RSM.Ade 18 MARKAH di sini.
Dah habis tu maka bermulalah aktiviti aku drive. Cikgu tu suruh aku balancekan minyak & cluth. Dalam hati aku duk menyumpah menyoal kenapa selama aku menjadi pemandu haram waktu drive kereta abah okay aje. Aku tak tau berapa minit aku ambik untuk gerakkan kereta tu untuk pertama kalinya.Haha. Viva baru cluth memang aku tak biasa.Disebabkan cikgu aku jenis kelakar maka kuranglah stress aku lepas kena bercakap tak sudah tadi.

Aku ambik masa sebulan jugak la nak habiskan belajar practise KPP 02 & KPP 03(Latihan Praktikal Jalan Raya) sebelum QTI and Test Jpj.Berapa kali tido Dadoni terganggu sebab kena hantar aku naik skuter. Helmet aku dah la longgar jerut leher. Kalau dah nak lewat tu dia punya kelajuan mampu
menerbangkan helmet dengan tudung aku sekali gamaknya.Disebabkan aku tengah intern
belajar sabtu ahad jelah. Ramai dong. Cikgu Sufian kadang2 buzy dengan ceramah ,RPK, semua tu. Dalam tempoh aku belajar ni kan. Aku merasa la belajar dengan 4 orang cikgu + 3 kereta yang beza2.-Cikgu Sufian,Cikgu Ariff and Cikgu Man. Lagi sorang ajar sekejap je kat selekoh Z jadi aku tak ingat nama :D


Test JPJ

Pagi tu aku baca Surah Yassin selepas Subuh. Mohon kepada Allah agar diberi ketenangan dan dipermudahkan segala.

Ujian Bahagian 2 (Markah lulus 56/70)
Aku dapat giliran no 3. Tapi sesi petang. Ade ujian RPK macam biasa.Aku ada masalah batuk sebulan tak berhenti. Time test aku makan strepsils. Aku makan punya makan sampai overdose rase. Haha.
Yang ni ada 5 perkara yang kena buat tau. Dulu 3 je. Bukit,3 penjuru & parking. Sekarang tambah selekoh S & selekoh Z. Aku rase selekoh Z la paling banyak buat kereta cikgu jahanam. Haha.
Sebelum drive buat RSM.Aku drive kat bukit tu awal sangat pulak aku tekan brek. Garisan kuning tu boleh muat sebuah kereta lagi rasenya, Aku pun senyum and bagi isyarat 1 kaleyyyy lagi.
Perlahan aku riverse and buat lagi sekali. Kereta aku drive tu  paling kuat mengaum time nak turun. Haha. Pastu buat selekoh Z. Aku paling tak konfiden time ni.
Tapi berbekalkan video youtube and tengok calon lain buat boleh kot. Lepas tu aku rase macam dalam mimpi je bila semua dah habis.

Masa untuk jalan raya.

Ujian Bahagian 3(Markah lulus 64/80)
Kat jalan raya ni yang paling aku suka dapat laluan C. Laluan yang traffic lightnya kurang amattt..Time aku drive pulak kebanyakan hijau je lampunya. Kira nak bagi aku green light lulus la kot. Muehehe.Time tu dah pukul 4 lebih. Test pulak kat tempat aku biasa lalu. Mydin ipoh kan. Haha. Dalam kereta kita kena bercakap jugak ye.
Kena la bagitau ade halangan di hadapan contohnya. Aku macam tak boleh terima yang aku banyak bercakap sorang2. Kemudian baru kutahu baruku sedar pegawai JPJ tu pun batuk macam aku. Lagi aku ngeri bila dia batuk mesti aku batuk jugak. Aku tak berniat langsung nak nganjing.Nak hulur Strepsils karang mau aku masuk longkang.
Time lagu Alyah keluar kat radio bertambah sedih dan  pilu pulak suasana dalam tu. Time tu dah nak pukul 4:20 petang rasenye dengan cuaca nak hujan kalau buat music video pun
okay jugak kan. Lepas dah drive sampai tempat asal tadi aku tunggu dia tanda. Maklumlah silibus baru markah banyak nak congak lagi. Nampak dia tanda lulus aku tepuk tangan & terkeluarla suara aku yeayyyyy. Sungguh luar biasa repleksi aku ye, =='

Time nak balik tu sembang last la dengan Cikgu Sufian. Kawen jangan lupa jemput katanya.Cikgu kata nak cepat dapat lesen tu pergi sendiri kat JPJ.  Esoknya aku pergi JPJ Ipoh dalam pukul 3 petang. Pergi kat bahagian perlesenan dia kata cuba tanya blok E sebab data mungkin takde dalam sistem sebab aku baru test semalam.Aku harap dia tak pikir aku gian nak drive cepat sangat. Aku pun pikir alang2 dah ada kat sini pergi jelah tanya, Dia check kertas result yang aku bawak & maklumat dalam sistem.So aku pun pergi la balik blok A tu. Bayar RM 60 and tangkap gambar on the spot memandangkan gambar yang aku bawak backgroundnya biru.Rejected. Kahkah. Aku puji la cara dorang ni sebab cepat bebeno lesen aku siap. Time tu buat terus dapat.

Jadi pengalaman ambik lesen kat sini memang the best la bagi aku.Lain orang lain pengalamannya. Ni number fone.Boleh contact dorang direct ye. InsyaAllah cerah masa depan.Haha. Cikgu Sufian(0125994480) and Cikgu Man(01121880040).

Thanks sangat kat mak and abah sebab sponsor kite .Cikgu2 yang sabar dengan aku . Semoga gearbox cikgu baik2 saja. Sahabat2 semua juga + makhluk yang keep telling me positive thought.Hoho..
Dah macam menang anugerah. Haha. Okaylah.Sekian. May Allah bless.
Share:

0 comments:

Post a Comment


Pages

onlineshop

onlineshop
sms

Pakej Dealer

sms

Theme Support